Tuesday 16 October 2012

Sambutan Maulidur Rasul KBE 1433H

Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan dalam keadaan yang sederhana di Bahagian Ekonomi pada 10 Februari 2012. Bacaan yasin dan tahlil memulakan majlis pada pagi itu dan ceramah ringkas daripada Ustaz Don Daniyal berkisar tentang kelahiran nabi Muhammad S.A.W dan keistimewaan nabi sebagai kekasih Allah sangat menyentuh hati..selesai ceramah kami berselawat ke atas nabi dan diikuti acara makan pagi yang agak berat.. di ulangi buakan agak tapi memang berat ;). Semoga kami semua mendapat berkat daripada apa yang telah kami lakukan. Wahai kekasih Allah aku rindukan mu.. Mampukah aku menjadi salah seorang yang dapat bertemu denganmu.. Insya'allah...



www.youtube.com/watch?v=JYrMh9snJXY

Thursday 9 February 2012

Bodoh...Bodoh...Bodoh...

Salam.. mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa tajuk entry hari ini macam ini. Kalau anak buah aku cakap macam tu, mesti aku cakap "Tak baik tau Ishqi tuhan marah." Tapi kalau orang tua yang cakap kita nak cakap macam mana pula??

Inilah yang berlaku semasa aku jadi Pegawai Komunikasi untuk talian hotline XXXX semalam.. Salah seorang caller bising-bising tanya bila nak dapat surat. Siap cakap " Saya nak bercakap dengan Pegawai yang bertanggungjawab, korang yang angkat telefon ni semua pegawai-pegawai yang tak bertanggungjawab!" Amboi...Amboi...Amboi...(ikut cara Azwan Ali) sedapnya kau bercakap. Nasib baik bukan aku yang angkat hee..he...... Then Ms A pun terus la pass line tu kat pegawai yang bertanggungjawab... dah dia kata Ms A tu pegawai yang tak bertanggungjawabkan.... Perbualan tu lebih kurang macam ni la..

PAB     : Ya Encik boleh saya bantu?
Mr X    : Ni bila saya boleh dapat surat ni??
PAB     : Encik sabar ya, Encik tunggu saja surat daripada pihak kami,              
              mengikut sistem kami permohonan Encik sudah diluluskan.
Mr X    : Memang la dah lulus tapi kenapa tak dapat-dapat lagi!! Orang kat
              kawasan XXXO semua dah dapat! XX dah datang bagi duit kat
              diorang semua. Pilih kasih ke!!
PAB     : Encik masih ramai lagi yang tak dapat. Ada banyak permohonan
              yang perlu diproses. Kawasan P, kawasan C pun tak dapat lagi...
              XX tak ada bawa duit semua dapat voucher.
Mr X    : Kalau macam ni masa mengundi nanti tak payah undi XXXO!!
PAB     : Encik, undi itu terpulang pada Encik nak undi siapa..
              Kami tak tahu pun Encik undi siapa yang kami tahu kami uruskan
              bantuan ni kepada siapa yang layak.
Mr X    : zsfgjkkiokhgfkkk bodoh...bodoh...bodoh...

Itulah pengakhiran perbualan itu. Tiada ucapan terima kasih, tiada  ucapan salam terakhir hu..hu...

Bukan nak memalukan tetapi nak beri kesedaran saja kalau orang tu tak baca blog ni pun sekurang-kurangnya orang lain yang membaca dapat jadikan pengajaran. Kami faham kalau ada yang marah-marah atau tidak berpuas hati tapi gunakan perkataan yang lebih baik. Sebab kami bukan hanya melayan satu panggilan tapi tak berhenti-henti talian tu berdering. Tengah malam pun ada yang mencuba nasib, walaupun dah tau waktu talian cuma daripada pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja. Tak apa tak salah mencuba tapi takut pula dengar kalau ada yang kata ada orang angkat tengah-tengah malam... heeeee.....

__________________________________________________
Nota:

i. PAB: Pegawai yang bertanggungjawab
ii. Perbualan di atas saya dah adjust sikit sebab tak done nak dengar semua. Masih ramai lagi yang nak call dan perlukan jawapan daripada melayan orang macam tu he..he...

Thursday 2 February 2012

Stress Test!!


Stress Test!!

Salam... entry hari ni saya nak bercakap soal stress. Apa itu stress??? Siapa boleh tolong jawab. Kalau dah sorang-sorang menaip ni sorang-sorangla jawab. Stress atau dalam bahasa melayu ialah tekanan.  Merupakan satu perasaan yang wujud di kalangan semua tidak mengenal usia, pangkat, darjat, keturunan dan sebagainya. Selagi kita hidup pasti kita akan berhadapan dengan pelbagai ujian hidup. Seperti yang kita percaya Allah sentiasa akan menguji hambanya yang Dia sayangi, jadi pastinya dalam menjalani ujian ini kita pastinya tidak dapat lari daripada perkataan " AKU STRESS!!". Namun semua ini bergantung kepada cara individu untuk menanganinya... Jika positif caranya maka baiklah jadinya, begitu juga dengan sebaliknya.


Test 1

Apa kata kita uji dulu sama ada anda adalah seorang yang sedang berada dalam keadaan tertekan ataupun tidak? Jika anda lihat gambar di bawah ini sama sahaja itu bermakna anda tidak mengalami masalah tekanan. Tetapi jika anda melihat ada sedikit perbezaan bermakna anda ada sedikit gangguan emosi hu..hu.. tetapi bila anda lihat gambar di bawah ini adalah berbeza sama sekali saya sarankan anda untuk menutup mata sebentar rehatkan minda anda dan cuba lihat sekali lagi...



Cuba anda lihat betul-betul..

Bagaimana? Anda dalam kategori yang mana? HA..HA..HA... sebenarnya kedua dua gambar ini memang berbeza jadi anda jangan risau  ya... Gambar ini saya dapat ketika saya menghadiri kursus Penulisan Laporan  dan Kertas Cadangan anjuran tempat kerja saya di Corus Paradise Resort, di Port Dickson pada 18 hingga 20 Januari 2012. Pandai betul penceramah nak kenakan peserta ya.. Saja nak bagi hilang rasa  mengantuk petang-petang ni. Fokus pun dah mula berkurangan ditambah dengan  lambaian ombak yang memanggil-manggil. Fuhh!! steam jer mata ni.... ha...ha.. Nanti entry lain saya akan update tentang kursus tu, yang saya rasa sangat bagus untuk saya dan peserta-peserta lain.


TEST 2

Kali saya bagi test yang betul-betul ya... cuba anda lihat gambar di bawah ni....




Jika anda lihat bola ini bergerak-gerak berikan ruang untuk minda anda berehat. Saya mula-mula tengok sampai pening berputar-putar bola ni semua... Woi... stressnya aku ni... hi..hi.. Stress tak ada kerja ;P
Wassalam.

Cipta Syurga Hati

Salam...hari ini aku nak cerita tentang sebuah buku hasil tulisan daripada Dr. HM Tuah Iskandar "CIPTA SYURGA HATI ". Sebenarnya aku pun baru saja nak mula baca buku ni. Pada awalnya aku nak hadiahkan buku ni pada seorang sahabat merangkap teman lelaki yang paling rapat dengan aku satu ketika dulu... Sebagai hadiah perkahwinannya pada 21 Januari lalu... Tapi entah tiba-tiba rasa macam tak nak bagi plak hu..hu.. Consider buruk siku tak aku ni?? ;p 

 Di sini aku paste sikit synopsis buku ni hope menarik la nak baca sampai akhir.


Buku ini aku beli dekat kedai buku
 Jalan Diplomatik

"Hati dalam kontaks buku ini bermaksud jiwa, kalbu atau sanubari. Ia membabitkan batin seperti perasaan, fikiran serta cita-cita yang terkandung dalam hati kita. Cipta pula bermaksud kekuatan yang ditolak oleh kekuatan berfikir dan kekuatan berinovasi.

Pengisian CIPTA SYURGA HATI adalah satu usaha mencipta sesuatu yang tidak dapat dilihat dalam bentuk benda tetapi boleh diterjemahkan melalui peribadi yang molek, menarik, betul, patut lagi munasabah. Ia bertujuan mendamaikan jiwa untuk melalui hidup seadanya. Yakinlah bahawa syurga di hati mampu dibentuk bergantung pada kesediaan hati itu sendiri."

Jadi aku harap dengan membaca buku ini dapatlah aku jadikan hati ku ini seindah syurga.... "Berbahagialah engkau wahai hati damailah engkau... Semoga dengan hati yang bersih dan suci ini engkau mampu menyokong otak untuk berfikir dengan lebih positif, rasional dan kreatif.... Wallahualam.




Kisah hati

Salam...ini adalah entry pertamaku... Aku tak pasti sama ada aku ni ada bakat dalam penulisan atau tidak ;) Tapi aku terdetik untuk buat blog dan post my first entry ni apabila aku terbaca satu blog ni kepunyaan Intanaziela aka mama Hadif ... Seronok lihat dia bercerita tentang kehidupan yang dilalui sedih, gembira, marah semuanya dicoret dengan penuh ikhlas... Mungkin itu yang menarik perhatian aku untuk korek semua entry dia...minta izin yer kak... He...he... Aku tak kisah kalau blog aku ni tak ada org nak baca pun yang penting mulai hari ini blog ni la yang menjadi tempat meluah segala yang terpendam di hati... Sebab tu tajuk entry kali ini adalah Kisah Hati... He..he..feel lebih pula... Ye la semenjak tinggal sorang-sorang tak ada mangsa nak dengar cerita aku ni...keluh kesah lepas balik kerja terpendam jer lama- lama mau jadi barah berkarat.. Hish!! nauzubillah minta dijauhkan daripada aku dan orang yang aku sayangi... Ok cukup la tu bercerita soal hati...

Ni nak cerita tentang rasa happy nak balik kampung.. Emm..berkait hati juga ni... Memang manusia ni tak boleh lepas daripada perkara yang berkait dengan hati dan perasaan... Itulah bezanya manusia dan binatang... Cerita pasal ni teringat cerita mak tentang anak buah kesayangan aku Nur Ishqi Qasrina a.k.a Ishqi.. Cerdik betul dia..mak cerita yang ayah membebel pasal monyet kat kampung yang banyak sangat habis semua pokok-pokok yang baru nak berputik dikerjakannya..tetiba dia menyampuk "Emm!! Jahat betul monyet ni tak berperikemanusiaan" tersenyum mak dan ayah dengar dia cakap... Ni la penangan cerita Magika yang sampai sekarang masih hangat lagi kat rumah aku walaupun cerita dah lama keluar wayang hu..hu...

Ok berbalik cerita nak balik kampung esok... Tadi pergi Putrajaya Central nak beli tiket bas..first time ni nak balik naik bas lepas setahun kat sini, tu pun sebab bajet dah lari gara-gara gaji bulan Jan ni cepat sangat dapat... Nama je belajar account dulu tapi akaun sendiri hancus hu...hu... Hajat hati nak naik bas pukul 6.30 petang tapi minggu ni cuti panjang, Maulidur Rasul plus Thaipusam so ramai yang ambil kesempatan nak balik kampung yang tinggal cuma tiket pukul 9 malam itu pun tinggal 3 seat saja... Nak tak nak aku beli saja la.. Terfikir gak aku macam mana aku nak balik esok?? Siapa nak hantar aku?? Bas Nadi Putra ni malam-malam ada ke?? Senang ke nak dapat??? Hai.. Macam-macam aku fikir...tapi tak apalah nanti pandai-pandai la aku nak hidup... Eh! cukup la dulu nak call mak ni, nak inform esok balik naik bas suruh ayah ambil nanti kat sana pulak aku tak ada orang nak ambil, dah la sampai tengah malam... Ok nanti ada masa aku update lagi rasa hati aku kat sini... Mulai hari ini, saat ini, tika ini di sinilah hidupku, rasaku, diariku.....salam ;)