Thursday 2 February 2012

Cipta Syurga Hati

Salam...hari ini aku nak cerita tentang sebuah buku hasil tulisan daripada Dr. HM Tuah Iskandar "CIPTA SYURGA HATI ". Sebenarnya aku pun baru saja nak mula baca buku ni. Pada awalnya aku nak hadiahkan buku ni pada seorang sahabat merangkap teman lelaki yang paling rapat dengan aku satu ketika dulu... Sebagai hadiah perkahwinannya pada 21 Januari lalu... Tapi entah tiba-tiba rasa macam tak nak bagi plak hu..hu.. Consider buruk siku tak aku ni?? ;p 

 Di sini aku paste sikit synopsis buku ni hope menarik la nak baca sampai akhir.


Buku ini aku beli dekat kedai buku
 Jalan Diplomatik

"Hati dalam kontaks buku ini bermaksud jiwa, kalbu atau sanubari. Ia membabitkan batin seperti perasaan, fikiran serta cita-cita yang terkandung dalam hati kita. Cipta pula bermaksud kekuatan yang ditolak oleh kekuatan berfikir dan kekuatan berinovasi.

Pengisian CIPTA SYURGA HATI adalah satu usaha mencipta sesuatu yang tidak dapat dilihat dalam bentuk benda tetapi boleh diterjemahkan melalui peribadi yang molek, menarik, betul, patut lagi munasabah. Ia bertujuan mendamaikan jiwa untuk melalui hidup seadanya. Yakinlah bahawa syurga di hati mampu dibentuk bergantung pada kesediaan hati itu sendiri."

Jadi aku harap dengan membaca buku ini dapatlah aku jadikan hati ku ini seindah syurga.... "Berbahagialah engkau wahai hati damailah engkau... Semoga dengan hati yang bersih dan suci ini engkau mampu menyokong otak untuk berfikir dengan lebih positif, rasional dan kreatif.... Wallahualam.




No comments:

Post a Comment