Thursday 2 February 2012

Stress Test!!


Stress Test!!

Salam... entry hari ni saya nak bercakap soal stress. Apa itu stress??? Siapa boleh tolong jawab. Kalau dah sorang-sorang menaip ni sorang-sorangla jawab. Stress atau dalam bahasa melayu ialah tekanan.  Merupakan satu perasaan yang wujud di kalangan semua tidak mengenal usia, pangkat, darjat, keturunan dan sebagainya. Selagi kita hidup pasti kita akan berhadapan dengan pelbagai ujian hidup. Seperti yang kita percaya Allah sentiasa akan menguji hambanya yang Dia sayangi, jadi pastinya dalam menjalani ujian ini kita pastinya tidak dapat lari daripada perkataan " AKU STRESS!!". Namun semua ini bergantung kepada cara individu untuk menanganinya... Jika positif caranya maka baiklah jadinya, begitu juga dengan sebaliknya.


Test 1

Apa kata kita uji dulu sama ada anda adalah seorang yang sedang berada dalam keadaan tertekan ataupun tidak? Jika anda lihat gambar di bawah ini sama sahaja itu bermakna anda tidak mengalami masalah tekanan. Tetapi jika anda melihat ada sedikit perbezaan bermakna anda ada sedikit gangguan emosi hu..hu.. tetapi bila anda lihat gambar di bawah ini adalah berbeza sama sekali saya sarankan anda untuk menutup mata sebentar rehatkan minda anda dan cuba lihat sekali lagi...



Cuba anda lihat betul-betul..

Bagaimana? Anda dalam kategori yang mana? HA..HA..HA... sebenarnya kedua dua gambar ini memang berbeza jadi anda jangan risau  ya... Gambar ini saya dapat ketika saya menghadiri kursus Penulisan Laporan  dan Kertas Cadangan anjuran tempat kerja saya di Corus Paradise Resort, di Port Dickson pada 18 hingga 20 Januari 2012. Pandai betul penceramah nak kenakan peserta ya.. Saja nak bagi hilang rasa  mengantuk petang-petang ni. Fokus pun dah mula berkurangan ditambah dengan  lambaian ombak yang memanggil-manggil. Fuhh!! steam jer mata ni.... ha...ha.. Nanti entry lain saya akan update tentang kursus tu, yang saya rasa sangat bagus untuk saya dan peserta-peserta lain.


TEST 2

Kali saya bagi test yang betul-betul ya... cuba anda lihat gambar di bawah ni....




Jika anda lihat bola ini bergerak-gerak berikan ruang untuk minda anda berehat. Saya mula-mula tengok sampai pening berputar-putar bola ni semua... Woi... stressnya aku ni... hi..hi.. Stress tak ada kerja ;P
Wassalam.

No comments:

Post a Comment