Thursday 9 February 2012

Bodoh...Bodoh...Bodoh...

Salam.. mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa tajuk entry hari ini macam ini. Kalau anak buah aku cakap macam tu, mesti aku cakap "Tak baik tau Ishqi tuhan marah." Tapi kalau orang tua yang cakap kita nak cakap macam mana pula??

Inilah yang berlaku semasa aku jadi Pegawai Komunikasi untuk talian hotline XXXX semalam.. Salah seorang caller bising-bising tanya bila nak dapat surat. Siap cakap " Saya nak bercakap dengan Pegawai yang bertanggungjawab, korang yang angkat telefon ni semua pegawai-pegawai yang tak bertanggungjawab!" Amboi...Amboi...Amboi...(ikut cara Azwan Ali) sedapnya kau bercakap. Nasib baik bukan aku yang angkat hee..he...... Then Ms A pun terus la pass line tu kat pegawai yang bertanggungjawab... dah dia kata Ms A tu pegawai yang tak bertanggungjawabkan.... Perbualan tu lebih kurang macam ni la..

PAB     : Ya Encik boleh saya bantu?
Mr X    : Ni bila saya boleh dapat surat ni??
PAB     : Encik sabar ya, Encik tunggu saja surat daripada pihak kami,              
              mengikut sistem kami permohonan Encik sudah diluluskan.
Mr X    : Memang la dah lulus tapi kenapa tak dapat-dapat lagi!! Orang kat
              kawasan XXXO semua dah dapat! XX dah datang bagi duit kat
              diorang semua. Pilih kasih ke!!
PAB     : Encik masih ramai lagi yang tak dapat. Ada banyak permohonan
              yang perlu diproses. Kawasan P, kawasan C pun tak dapat lagi...
              XX tak ada bawa duit semua dapat voucher.
Mr X    : Kalau macam ni masa mengundi nanti tak payah undi XXXO!!
PAB     : Encik, undi itu terpulang pada Encik nak undi siapa..
              Kami tak tahu pun Encik undi siapa yang kami tahu kami uruskan
              bantuan ni kepada siapa yang layak.
Mr X    : zsfgjkkiokhgfkkk bodoh...bodoh...bodoh...

Itulah pengakhiran perbualan itu. Tiada ucapan terima kasih, tiada  ucapan salam terakhir hu..hu...

Bukan nak memalukan tetapi nak beri kesedaran saja kalau orang tu tak baca blog ni pun sekurang-kurangnya orang lain yang membaca dapat jadikan pengajaran. Kami faham kalau ada yang marah-marah atau tidak berpuas hati tapi gunakan perkataan yang lebih baik. Sebab kami bukan hanya melayan satu panggilan tapi tak berhenti-henti talian tu berdering. Tengah malam pun ada yang mencuba nasib, walaupun dah tau waktu talian cuma daripada pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja. Tak apa tak salah mencuba tapi takut pula dengar kalau ada yang kata ada orang angkat tengah-tengah malam... heeeee.....

__________________________________________________
Nota:

i. PAB: Pegawai yang bertanggungjawab
ii. Perbualan di atas saya dah adjust sikit sebab tak done nak dengar semua. Masih ramai lagi yang nak call dan perlukan jawapan daripada melayan orang macam tu he..he...

No comments:

Post a Comment